Monday, June 16, 2008

Where are we now?

OK. I don’t know how to say this but semenjak petrol naik harga, I’ve always calculate whatever it is yang hendak di beli.
“Perlu ke beli barang tu? Mana lagi murah? Price per volume, is it a value buy?”
OK. I don’t know how to say this but semenjak petrol naik harga, I’ve always calculate whatever it is yang hendak di beli.
“Perlu ke beli barang tu? Mana lagi murah? Price per volume, is it a value buy?”

Itu belum masuk langkah naik bas untuk balik KL every week. Come to think of it, memang murah balik naik bas. Tapi I couldn’t clock the extra hours at home just to take the bus the night before work. Cost balik KL naik kereta: petrol = RM60, toll = RM33 menjadikan jumlahnya = RM93. Almost RM100 kalau you kira air nesacafe tin yang selalu beli kat Petronas Seremban (sometimes I even slept there if I’m too tired or start driving late) or lain-lain makanan. Kos naik bas? RM19 pergi dan balik.

At one point dulu, a few months before, I thought I was having THE life. Travel with no qualms, sekali-sekala pegi makan sedap, not to mention balik KL naik my tRUSTY ol’ Volvo kan. But when the fuel price naik, nak makan nasi 2x sehari pun dah fikir 2x. Harga makanan kat kedai (prepared food) dah naik sikit. Sepinggan nasi campur yang dulunya RM3, mungkin dah naik RM4. Ikut lauk la. As for me, I’m a simple eater. Nasi separuh, satu meat and satu sayur. Cukup. Air suam. Now malam-malam dah tak makan kat kedai. Kalau ya pun, capati kedai mamak yang aku akan mintak parpu dia banyak-banyak, or gulung roti sendiri kat rumah. Yes, gulung roti. Beli that roti bentuk cam capati (glamourously called tortilla) tu, sumbat la to your heart’s content. For starters, aku sumbat fish fingers, fresh tomatoes and some
sayur butterhead. Bukan some la, kembung roti tu aku sumbat sayur ok! Hey, fibers fills you up apa!

I don’t know la. The recent price hike is going to hit hard on most Malaysians. I know this may sound too cliché, but percaya atau tak, buktinya akan kelihatan on the streets nanti. Orang terdesak akan buat apa saja tau. Itu belum kira graduate yang baru masuk workforce on a meager pay of around RM1,400 a month. Jangan mimpi la nak pakai kereta. Satu masa dulu, boleh gak tengok new young exec bawa kelisa ke, wira ke, waja ke. Skang ni, bagi free pun tak tentu nak lagi.

Haih, entah la. Aku kata, ikat perut je la. Takyah membazir beli barang tak perlu. Seluar tu kalau dah koyak kat celah kangkang, baru ganti. Haha. Tissue paper kat rumah, beli aja house brand (tesco, giant etc). Makanan? Ikut saranan Ungku Aziz: makan banyak makanan berserat. And tukar mentol rumah pakai energy saving bulb. Tutup suis yang mana tak pakai. Jangan put your tv on standby. Kereta petrol/diesel tukar pakai CNG (compressed natural gas). Skip starbucks/coffeebean. If you have to, bancuh kat rumah aja. Cycle to work. Take up public transportation if you can. Bagi yang bujang, jangan duduk rumah lama-lama. Ia membazir elektrik dan air. Lepak ofis saja. Main internet free atau game dalam keselesaan air-cond free. Kompeni yang bayar, tak apa. Balik untuk tidur saja. Haha! OK lah, aku nak balik rumah untuk tidur.
Baca lagi!

Friday, June 13, 2008

Peranan media?



Aku tertarik membaca rencana dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini yang mempersoalkan peranan dan tanggungjawab media semasa kemelut kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Penulis rencana tersebut menyoal tugas media dalam memberi penjelasan kepada rakyat (mass) mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam kemelut kenaikan harga minyak global.

Persoalannya, perlukan media dipersoalkan untuk memberi penjelasan kepada rakyat? Apakah peranan media sebenarnya? Siapakah yang sebenarnya perlu memberi penjelasan?

Aku tertarik membaca rencana dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini yang mempersoalkan peranan dan tanggungjawab media semasa kemelut kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Penulis rencana tersebut menyoal tugas media dalam memberi penjelasan kepada rakyat (mass) mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam kemelut kenaikan harga minyak global.

Persoalannya, perlukan media dipersoalkan untuk memberi penjelasan kepada rakyat? Apakah peranan media sebenarnya? Siapakah yang sebenarnya perlu memberi penjelasan?

Media tidak memberi penjelasan. Mereka hanya memberi penjelasan sekiranya melakukan kesilapan laporan, kesilapan ejaan (jika akhbar) dan pembetulan fakta. Yang perlu memberi penjelasan dalam hal kenaikan minyak ialah kerajaan.

Media, bagi pengamalnya yang mengetahui hanyalah sekadar gatekeepers. Media tidak melontarkan hujah-hujah atau pemikirannya tersendiri, kecuali dalam kolum lidah pengarang (bagi akhbar).

Asal usul perkataan media mungkin boleh disusur melalui perkataan medium dalam bahasa Latin yang bermaksud penghubung atau saluran yang menghubungkan. Media yang kita tahu hari ini adalah perantara yang menghubungkan dan menyebarkan maklumat menerusi cara cetak atau elektronik.

Seorang pensyarah yang saya kagumi dulu pernah mempersoalkan apakah itu komunikasi. Isitlah komunikasi, menurutnya yang menjadi pensyarah di Pusat Pengajian Komunikasi di Universiti Sains Malaysia, sepatutnya tidak digunakan. Hujah beliau, komunikasi itu bukan Bahasa Melayu dan istilah yang tepat adalah perutusan.

Tapi saya bukan hendak memperjuangkan istilah perutusan mengatasi komunikasi yang telah diguna pakai secara meluas. Pokoknya, pensyarah itu pernah mengajar saya apakah caranya pengamal media mendapatkan bahan untuk media mereka. Menurutnya, secara ringkas, pengamal media perlu mendapatkan bahan dari pihak kedua atau ketiga, dan bukan diri sendiri. Ini bermakna, media perlu mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, sekiranya ada, tentang isu kenaikan harga minyak dan barang makanan. Bukannya tampil ke depan menjelaskannya menggunakan hujah tersendiri.

Media hanyalah gatekeepers, seperti yang dikatakan tadi. Dengan erti kata lain, pelbagai maklumat melalui pengamal media -yang baik mahupun sebaliknya – sebelum ditapis dan dihebahkan kepada orang ramai.

Secara idealnya, media tidak boleh bias kepada mana-mana pihak dengan menyiarkan pandangan atau hujah sebelah pihak sahaja. Namun idealisme ini tidak wujud di Malaysia. Ini kerana peranannya sebagai gatekeepers, dibayangi telunjuk pihak tertentu yang dalam konteks yang lebih luas, menguasai segala-galanya. Pihak ini bekerja rapat dengan media tempatan bagi memastikan propaganda, agenda dan isu mereka berjaya dihebahkan kepada orang ramai.

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol kepada RM2.70 dan diesel kepada RM2.58 sudah tentu bukan satu tindakan yang popular, seperti yang diakui oleh Perdana Menteri sendiri. Dengan kenaikan itu, pelbagai tohmahan dilemparkan termasuk melibatkan Petronas.

Tugas menjawab tuduhan itu tidak terletak kepada bahu media. Bukan menjadi tanggungjawab media untuk menjadi pelindung atau penangkis tuduhan-tuduhan melulu terhadap kerajaan. Jabatan Penerangan lebih sesuai menjalankan tugas itu. Perlu diingat, sekiranya media bertindak sedemikian, ia secara terang-terangan (mungkin terlebih ‘terang’) akan bias kepada satu pihak, menjadikannya satu kesalahan media.

Mungkin pengumpulan maklumat sekunder (interviu dan soal selidik) serta tetiar (rujukan jurnal, buku dsb) dapat menghasilakan satu bahan yang boleh menjelaskan mengapa sesuatu isu itu berlaku. Tetapi penjelasan utama perlu datang daripada kerajaan. Satu masa dulu, tayangan filem banyak menyelitkan propaganda zaman perang sebelum sesuatu filem itu ditayangkan. Semuanya dilakukan pihak kerajaan. Media ketika itu lantang melaporkan keadaan yang berlaku, suara rakyat. Mungkin Jabatan Penerangan perlu segera tampil dengan penyebaran maklumat jelas mengenai isu minyak dan makanan.

Penulis rencana itu mungkin seorang yang lebih hebat daripadaku, mungkin seorang pensyarah, mungkin seorang editor. Itu aku tak tahu. Tapi yang pasti, saranannya kepada pengamal media, bukanlah tugas hakiki media.

“Jika rakyat di peringkat bawahan mengadakan demonstrasi akibat kegagalan media dan agensi penerangan memainkan peranan mereka….” – Bekas pensyarahku pasti menyoal: Bagaimana kamu main peranan? Adakah peranan itu satu permainan? Peranan itu akarnya daripada perkataan peran, yang bermaksud seseorang yang memegang watak dalam sandiwara atau pertunjukan. Memerankan bermaksud memainkan sesuatu watak. Sebetulnya, menurut pensyarah itu lagi, peranan tidak harus dimainkan, tetapi dilaksanakan. Sebagai contoh, “...melaksanakan peranan mereka”. Sejauh mana hujah pensyarahku itu dari segi morfologi ‘peranan’ itu, tidaklah diketahui. Aku hanya menyampaikan apa yang pernah dikatakannya kepadaku. Aku hanya sebagai medium.


Baca lagi!

Sunday, June 01, 2008

Pernah tak?

Perasan tak bila kita selalu berjaga-jaga agar tak kena tipu semasa membeli barang, tapi kadang-kala akhirnya kena jugak tipu? Adakah minda kita telah menggagalkan kita? (cewah!)

Yours truly baru aje kena. Tertipu membeli handsfree untuk handphone (yang originalnya secara tiba-tiba hilang ntah ke mana) tak ori dalam sebuah kedai serba ori.

Kedai itu memang authentic. Just carrying its own brand saja. Maka aku bertanyalah hal produk yang nak dibeli itu. Cadangannya nak survey harga dulu. Then seperti biasa la, salesman rambut kaler-kaler cacak-cacak tu cakapla ini ori, kat luar banyak tak ori dan apabagailagiah.

Nak mudahkan cerita, aku belilah, Harganya? RM50. Memandangkan sedang berada di kedai ori, maka aku tak pikir banyak pasal packaging (menda tu datang dalam bungkus plastik je), warranty card or tell-tale signs.

Back in the car, cuba la dengar radio thru the handsfree. OK. cuba dengar my playslist. OK. Sekali Anne called. Cuba jawab dengan menekan punat pada handsfree. TAK OK. Tapi yang peliknya, masa call is ongoing, kalau tekan punat tu boleh pulak disconnect the call.

Sah, aku kena tipu. Barangkali harga menda tu tak lebih 20 hinggit pun.
Jaga ko salesman rambut kaler-kaler cacak-cacak. I'LL BE BACK. Baca lagi!