Sunday, June 01, 2008

Pernah tak?

Perasan tak bila kita selalu berjaga-jaga agar tak kena tipu semasa membeli barang, tapi kadang-kala akhirnya kena jugak tipu? Adakah minda kita telah menggagalkan kita? (cewah!)

Yours truly baru aje kena. Tertipu membeli handsfree untuk handphone (yang originalnya secara tiba-tiba hilang ntah ke mana) tak ori dalam sebuah kedai serba ori.

Kedai itu memang authentic. Just carrying its own brand saja. Maka aku bertanyalah hal produk yang nak dibeli itu. Cadangannya nak survey harga dulu. Then seperti biasa la, salesman rambut kaler-kaler cacak-cacak tu cakapla ini ori, kat luar banyak tak ori dan apabagailagiah.

Nak mudahkan cerita, aku belilah, Harganya? RM50. Memandangkan sedang berada di kedai ori, maka aku tak pikir banyak pasal packaging (menda tu datang dalam bungkus plastik je), warranty card or tell-tale signs.

Back in the car, cuba la dengar radio thru the handsfree. OK. cuba dengar my playslist. OK. Sekali Anne called. Cuba jawab dengan menekan punat pada handsfree. TAK OK. Tapi yang peliknya, masa call is ongoing, kalau tekan punat tu boleh pulak disconnect the call.

Sah, aku kena tipu. Barangkali harga menda tu tak lebih 20 hinggit pun.
Jaga ko salesman rambut kaler-kaler cacak-cacak. I'LL BE BACK.

1 comment:

i am me said...

owhh.. tipah tertipuuuu! yes.. beware of salesman rambut kaler-kaler cacak-cacak!