Aku tertarik membaca rencana dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini yang mempersoalkan peranan dan tanggungjawab media semasa kemelut kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Penulis rencana tersebut menyoal tugas media dalam memberi penjelasan kepada rakyat (mass) mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam kemelut kenaikan harga minyak global.
Persoalannya, perlukan media dipersoalkan untuk memberi penjelasan kepada rakyat? Apakah peranan media sebenarnya? Siapakah yang sebenarnya perlu memberi penjelasan?
Aku tertarik membaca rencana dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini yang mempersoalkan peranan dan tanggungjawab media semasa kemelut kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Penulis rencana tersebut menyoal tugas media dalam memberi penjelasan kepada rakyat (mass) mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam kemelut kenaikan harga minyak global.
Persoalannya, perlukan media dipersoalkan untuk memberi penjelasan kepada rakyat? Apakah peranan media sebenarnya? Siapakah yang sebenarnya perlu memberi penjelasan?
Media tidak memberi penjelasan. Mereka hanya memberi penjelasan sekiranya melakukan kesilapan laporan, kesilapan ejaan (jika akhbar) dan pembetulan fakta. Yang perlu memberi penjelasan dalam hal kenaikan minyak ialah kerajaan.
Media, bagi pengamalnya yang mengetahui hanyalah sekadar gatekeepers. Media tidak melontarkan hujah-hujah atau pemikirannya tersendiri, kecuali dalam kolum lidah pengarang (bagi akhbar).
Asal usul perkataan media mungkin boleh disusur melalui perkataan medium dalam bahasa Latin yang bermaksud penghubung atau saluran yang menghubungkan. Media yang kita tahu hari ini adalah perantara yang menghubungkan dan menyebarkan maklumat menerusi cara cetak atau elektronik.
Seorang pensyarah yang saya kagumi dulu pernah mempersoalkan apakah itu komunikasi. Isitlah komunikasi, menurutnya yang menjadi pensyarah di Pusat Pengajian Komunikasi di Universiti Sains Malaysia, sepatutnya tidak digunakan. Hujah beliau, komunikasi itu bukan Bahasa Melayu dan istilah yang tepat adalah perutusan.
Tapi saya bukan hendak memperjuangkan istilah perutusan mengatasi komunikasi yang telah diguna pakai secara meluas. Pokoknya, pensyarah itu pernah mengajar saya apakah caranya pengamal media mendapatkan bahan untuk media mereka. Menurutnya, secara ringkas, pengamal media perlu mendapatkan bahan dari pihak kedua atau ketiga, dan bukan diri sendiri. Ini bermakna, media perlu mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, sekiranya ada, tentang isu kenaikan harga minyak dan barang makanan. Bukannya tampil ke depan menjelaskannya menggunakan hujah tersendiri.
Media hanyalah gatekeepers, seperti yang dikatakan tadi. Dengan erti kata lain, pelbagai maklumat melalui pengamal media -yang baik mahupun sebaliknya – sebelum ditapis dan dihebahkan kepada orang ramai.
Secara idealnya, media tidak boleh bias kepada mana-mana pihak dengan menyiarkan pandangan atau hujah sebelah pihak sahaja. Namun idealisme ini tidak wujud di Malaysia. Ini kerana peranannya sebagai gatekeepers, dibayangi telunjuk pihak tertentu yang dalam konteks yang lebih luas, menguasai segala-galanya. Pihak ini bekerja rapat dengan media tempatan bagi memastikan propaganda, agenda dan isu mereka berjaya dihebahkan kepada orang ramai.
Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol kepada RM2.70 dan diesel kepada RM2.58 sudah tentu bukan satu tindakan yang popular, seperti yang diakui oleh Perdana Menteri sendiri. Dengan kenaikan itu, pelbagai tohmahan dilemparkan termasuk melibatkan Petronas.
Tugas menjawab tuduhan itu tidak terletak kepada bahu media. Bukan menjadi tanggungjawab media untuk menjadi pelindung atau penangkis tuduhan-tuduhan melulu terhadap kerajaan. Jabatan Penerangan lebih sesuai menjalankan tugas itu. Perlu diingat, sekiranya media bertindak sedemikian, ia secara terang-terangan (mungkin terlebih ‘terang’) akan bias kepada satu pihak, menjadikannya satu kesalahan media.
Mungkin pengumpulan maklumat sekunder (interviu dan soal selidik) serta tetiar (rujukan jurnal, buku dsb) dapat menghasilakan satu bahan yang boleh menjelaskan mengapa sesuatu isu itu berlaku. Tetapi penjelasan utama perlu datang daripada kerajaan. Satu masa dulu, tayangan filem banyak menyelitkan propaganda zaman perang sebelum sesuatu filem itu ditayangkan. Semuanya dilakukan pihak kerajaan. Media ketika itu lantang melaporkan keadaan yang berlaku, suara rakyat. Mungkin Jabatan Penerangan perlu segera tampil dengan penyebaran maklumat jelas mengenai isu minyak dan makanan.
Penulis rencana itu mungkin seorang yang lebih hebat daripadaku, mungkin seorang pensyarah, mungkin seorang editor. Itu aku tak tahu. Tapi yang pasti, saranannya kepada pengamal media, bukanlah tugas hakiki media.
“Jika rakyat di peringkat bawahan mengadakan demonstrasi akibat kegagalan media dan agensi penerangan memainkan peranan mereka….” – Bekas pensyarahku pasti menyoal: Bagaimana kamu main peranan? Adakah peranan itu satu permainan? Peranan itu akarnya daripada perkataan peran, yang bermaksud seseorang yang memegang watak dalam sandiwara atau pertunjukan. Memerankan bermaksud memainkan sesuatu watak. Sebetulnya, menurut pensyarah itu lagi, peranan tidak harus dimainkan, tetapi dilaksanakan. Sebagai contoh, “...melaksanakan peranan mereka”. Sejauh mana hujah pensyarahku itu dari segi morfologi ‘peranan’ itu, tidaklah diketahui. Aku hanya menyampaikan apa yang pernah dikatakannya kepadaku. Aku hanya sebagai medium.
4 comments:
suddenly i feel like i'm orbed into another world...
great piece, hon..can write balas balik kat utusan nie... :-D
oh and see, who said you tak reti buat rencana? ok jer! can ganti me when i'm away on holidays nnt...*wink*
i dapat D je for penulisan rencana dulu..heheh
do you think you can judge a person by his writing? somehow this guy give me such a bad vibe. so mengampu and the same time very bossy. even if he's a media practitioner, somehow he's trying to explain media roles yg kebanyakan orang media dah tau..*sigh*...i've googled him up :
http://www.blogger.com/profile/12360197638326041053
oo ada blog rupanya...ooo ex journalist rupanya..tak kisah la. bagi journalist yang mengetahui, bukan kerja media untuk beri penjelasan. media cuma paparkan penjelasan. no input, no output. simple kan?
Post a Comment