Saturday, November 22, 2008

Kenapa Pulau Pinang tak boleh pakai papan tanda bahasa lain

KM Pulau Pinang sedang menjalani kehidupan impiannya.Habis papan tanda jalan di PP nak ditukar supaya ada bahasa Cina, Tamil dan bahasa penjajah tu. Atas dasar "mahu meningkatkan industri pelancongan".
Andai kata dibuat perhitungan, berapa banyak pelancong India, China dan dari negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda, cukup banyakkah untuk melayakkan PP berbuat demikian?
Bukankah lebih baik jika turut diletakkan sekali bahasa Perancis? Atau setidak-tidaknya bahasa Jerman? Papan tanda tu ditukar untuk pelancong, atau warga Malaysia bukan Melayu?
Ya betullah, kononnya kata KM, tindakannya itu "tidak mengurangkan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan". Tindakannya itu cuma meletakkan bahasa lain sama status dengan bahasa kebangsaan. Tidak eksklusif dan sama rata.
Dah la orang Melayu sendiri pun kurang memartabatkan bahasa sendiri. Syarikat swasta apatah lagi.
Merenung kembali hujah si KM berkenaan nama jalan di KL yang turut meletakkan bahasa Arab, tak pasti pula sama ada ia benar atau tidak. Yang paling saya ingat, papan tanda polis pelancong dalam bahasa Arab, selain bahasa Inggeris ada lah. Tapi nama jalan, siapa nak baca nama jalan bahasa Arab? Dan oh, wahai KM, jawi bukan bahasa. Ia dibaca mengikut bahasa Melayu di Malaysia. Jangan jadi "masyarakat tertutup", bak kata si KM. Biarlah bahasa kebangsaan itu, diagungkan sebagai bahasa kebangsaan.

5 comments:

i am me said...

aku suka entry ni. pedas, tapi sedap. macam ayam nandos.

Anonymous said...

tank menulis..handal..badaboommm...

Anonymous said...

tank, saya setuju!!
Ingatkan saya seorang sahaja yang pelik tentang keinginan KM Pulau Pinang itu.

ps: okay, ayat aku sungguh skema

Azran Fitri Rahim said...

Bro sebelum ini DAP selalu kata BN membazir duit rakyat, aku rasa tukar papan tanda semata-mata nak tambah bahasa lagi membazir. tak bawa apa pekdah pun... nampak KM penang pun membazir juga lagi teruk daripada dulu...huhuhu

Anonymous said...

Biasalah PENYAPU BARU memang semua sangkut kalu menyapu