Saturday, December 16, 2006

Ironi

Semalam aku jumpa seorang lelaki kat di sebuah disko semasa operasi narkotik polis. Muka dia macam Cina, dengan rambut menggerbang ala Joe Flizzow; bertindik di bawah bibir dan berantai di leher. Dia seorang ‘bar tender’ di situ.

Sebab muka dia macam Cina, aku pun tegur dia dengan pelat Cina, macam kita biasa buat kalau jumpa member Cina.

Ironinya, dia pula tegur aku : “Tolong, you tak payah cakap pelat Cina dengan I. I Islam, tau. Melayu”.

Terdiam aku. Bukan terdiam sebab dia tegur aku. Tapi terdiam sebab...tak apa lah.

Baca lagi!

Tuesday, December 12, 2006

Sakit ke rehat?

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam buat gempar baru-baru ni. Tiba-tiba, mmasuk hospital tanpa sebab. Bila orang sibuk-sibuk tanya, katanya penat sangat kerja. Tapi itu pun bukan datang dari mulut dia sendiri. Orang tu cakap dia sihat, cuma nak rehat kat hospital.

Masuk lima hari dalam hospital, semua orang kalut tanya dia sakit apa. Masih lagi, orang kat hospital cakap dia penat, nak rehat. Aku pun hairan. Kalau nak rehat, apasal lepak kat hospital? Takkan tak ada tempat lain nak lepak? Bayangkanlah orang sakit pun tak sabar nak keluar hospital. Ini dia nak lepak dalam tu plak.

Akhirnya, lepas lapan hari lepak dalam hospital, barulah Ali nak keluar. Kata dia, dia demam teruk. Sampai 40 deg C. Tapi aku musykil, sebab ada benda yang macam tak kena. Kalau dia kata dia demam, apasal dua pakar urologi yang rawat dia? Macam la doktor lain tak ada dah kat situ.
Ali ni silap langkah sebenarnya. Patut dia terbang terus ke luar negara masa mula sakit dulu. Macam Pak Lah. Orang tua tu (pak lah) terbang ke Australia sebab nak buang sinus dia. lepas Dua jam, balik KL balik. Orang tak cari, media pun tak susah nak jadi stalker or menyamar jadi doktor kat hospital. Aku tak tipu, dua hari aku jadi stalker kat hospital tu. Rasa macam movie Hollywood plak. Baca lagi!