Wednesday, April 12, 2006

Lari, lari, lari!!

Di Menggatal, Sabah, 62 pendatang tanpa izin (PATI) melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Menggatal minggu lepas. Di Pokok Sena, Kedah, 24 pelatih Asrama Pokok Sena yang menempatkan tahanan sementara pesalah juvana berjaya melarikan diri dari asrama. Di Sepang, Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dengan mudahnya dibolosi orang awam yang masuk hingga ke pintu kapal terbang.

Semua perkara ini membabitkan kawalan keselamatan yang disifatkan rakyat Malaysia sebagai yang ‘terselamat’ di rantau ini. Selamatkah? Siapa yang kata kita paling selamat? Mungkin kita rasa selamat sebab tak banyak kejadian pengganas atau rusuhan yang berlaku di negara kita. Tapi itu bukannya ukuran betapa selamat kawalan keselamatan kita.

Dalam kejadian di Menggatal, sejumlah 73 PATI telah bertindak memecahkan dinding bangunan pusat tahanan tersebut. Disebabkan itu, 50 anggota Pasukan Gerak Am (PGA) telah ‘dikejarkan’ ke tempat kejadian. Bagaimana pun, 62 PATI tetap terlepas.

50 sahaja berbanding 73? Ini bermakna, setiap anggota PGA perlu mangawal 1.46 orang PATI atau dengan kata lain, memang tak cukup tangan lah.

OK lah, disebabkan yang lari itu pun PATI, bukannya banduan ganas, maka ‘tak kisah’ sangatlah. Agaknya cabinet pun tak kecoh benda ni berbanding isu baju Rais Yatim.

Oh ya, sebelum aku lupa, orang gaji Datuk Nazri pun minggu lepas dah ‘lari’ dengan habuan beratus ribu RM. Entah-entah, yang kena tangkap tu scapegoat polis je. Hanya untuk tunjukkan yang polis buat kerja. Siapa tahu? Hanya polis dan kerajaan.

Kita ke Pokok Sena pula. Pelatih asrama yang lari itu dikatakan telah meloloskan diri melalui satu lubang yang dikorek berdekatan pagar keselamatan asrama tersebut.

Masa bersekolah asrama dulu, pernah juga korek lubang kat pagar sebab nak keluar malam. Tapi itu sekolah biasa. Dekat Pokok Sena tu asrama khusus untuk mereka yang sedang menunggu perbicaraan kes juvana. Pendek kata, mereka tu banduan lah juga.

Kalau kawalan keselamatan di asrama itu ketat seperti sepatutnya, kes ini tak akan berlaku. Pak guard yang ada pun entahkan dua orang sahaja satu syif. Tak tahu lah pula.

Yang di LCCT lagi menarik. Menarik sebab aku sendiri yang pergi. Tapi kawan aku yang masuk dalam. Sampai tayar kapal terbang lah katanya. Bukannya susah nak masuk. Pergi pintu ketibaan, masuk dengan buat muka selamba. Pak guard (Polis Bantuan) yang ada cuma tengok sahaja.

Yang kelakarnya, lepas keluar dalam suratkhabar baru nak perketatkan kawalan. Bayangkan kalau ada orang masuk dengan selamba; melepasi kawalan keselamatan, dan meletakkan bom dalam kapal terbang atau seumpanya. Tak ke jadi isu besar? Bukan setakat suratkhabar tempatan, silap-silap The New York Times pun nak cover!

Ini semua sikap ‘lengai’ pihak yang patut jaga keselamatan. Kalau semua yang terbabit dengan kawalan keselamatan, baik polis, askar mahupun pak guard sekali pun, mempunyai sikap begini, tak hairan la Al-Qaeda buat port kat Malaysia.

No comments: