Sunday, November 19, 2006

Selepas hujan...

Perhimpunan Agung UMNO baru saja habis. Macam-macam dapat kita tengok kat tv dan baca kat surat khabar. Ada orang kena hentam. Itu biasa dalam perhimpunan parti politik terbesar di Malaysia tu. Tapi yang menariknya, ada orang tak boleh kena hentam. Atau lebih tepat, ada orang tak kasi orang yang nak dihentam tu, kena hentam.

Mukhriz cakap Pak Lah tak ada isu baru yang dibangkitkan dalam ucapannya. Ada betulnya jugak. Balik-balik, "bekerja bersama saya, isu ekonomi orang Melayu". Tapi, apa yang dia dok buat mengenainya? Bukan nak jadi pembangkang, tapi tengok sendiri la. Tok-tok menteri ni dok bersuka ria kat belakang Pak Lah, sapu projek sini, sapu projek sana. Habis tu rakyat marhaen macam kita ni apa yang dapat?
Kemudian, dan-dan Mukhriz kena warning oleh orang-orang kuat Pak Lah. Ya la, mana boleh lawan tauke kan. Tapi kalau tauke silap macam mana?

Tapi yang nak jadi terkejutnya pasal nak buat Istana Negara yang baru tu. Katanya RM400 juta diperuntukkan. Istana baru? Nak buat apa? Bukannya boleh duit dengan istana tu. Katanya sebab dah tak cukup tempat nak buat majlis serba serbi. Lainlah kalau nak buat macam Dis#eyland, masuk ada entrance fee. Dah la pulak tu, jambatan kedua Pulau Pinang pun nak dibina jugak. Jambatan tu panjangnya 24 kilometer dan bernilai RM2.7 bilion. Tambahan pula, projek 'double tracking' yang terbantut perjalanannya tu hanya nak disiapkan separuh jalan. Ramai yang tak sedar kalau projek double tracking tu siap, dari Utara sampai Selatan, Singapura akan kehilangan sedikit kuasa perlabuhannya. Barangan boleh dihantar terus dari Utara ke Selatan tanpa perlu singgah di perlabuhan. Entahlah, mungkin ada udang di sebalik mee kut.

Pernah terdengar satu masa dulu: "Orang Melayu sekarang ni susah nak berpolitik berjuang nasib bangsa. Dulu, semuanya cikgu-cikgu; orang bijak pandai yang mahukan kemajuan bangsa. Sekarang ni banyak sangat kontraktor, orang bisnes yang tahunya nak cari untung saja."

Mana aku dengar, tak ingatlah. Tapi, sepanjang pengalaman jadi wartawan ni, macam betul saja.

1 comment:

princessren said...

i setuju betul part "Tapi kalau tauke silap macam mana?" was thinking the same thing...