Wednesday, May 30, 2007

Tolong, berikan aku Ambi Pur!

Menonton wayang memang satu perkara yang dah lama aku tak buat. Tak kisahlah bersama Anne, kawan mahupun seorang diri. Tak ada masa. Kalau ada masa pun, barisan orang yang beratur nak beli tiket tu pun lagi panjang daripada mana-mana traffic jam yang aku pernah jumpa di Melaka ni.

Minggu lepas semasa berada di KL, aku mengambil keputusan spontan untuk menonton di KLCC dengan Anne. Ceritanya? Blades of Glory. Ceritanya kelakar. Memang lawak. Tapi aku bukan nak cerita pasal wayang tu.

Ingat tak iklan Nokia dalam panggung yang suruh kita tutup handphone demi tidak terganggu tontonan orang lain? Aku rasa Nokia patut tambah satu lagi iklan dengan mesej yang sama. Tapi kali ini, target-nya ialah orang yang buka kasut dalam panggung. Buka kasut tu aku tak kisah, tapi kalau berbaunya kaki atau stokin tu sampai kena tengok wayang sambil tutup sebelah lubang hidung, tak ke sakit hati?

Masa cerita hampir bermula, datang satu pasangan duduk di sebelah kiri aku, yang kebetulan si lelaki duduk betul-betul sebelah aku. Sebaik saja panggung jadi gelap dan wayang nak bermula, tiba-tiba deria bau aku menghidu sesuatu yang tak ingin aku ketahui apa. Mamat tu bukak kasut dan mendedahkan stokin busuknya kepada dunia untuk dihidu!

Aku tak boleh nak buat apa melainkan menutup hidung aku sepanjang lebih satu jam di dalam panggung. Yang aku hairan, girlfriend dia tu tak bau ke? Ada seorang budak—sekitar tujuh atau lapan tahun—yang duduk dua kerusi di sebelah kanan aku pun dapat bau (aku agak, sebab dia duduk tak keruan saja), takkanlah awek dia tak bau? Macam mana la kalau kahwin dan duduk serumah nanti. Mesti minah tu jadi pelanggan tetap Ambi Pur. At least satu kotak besar satu bulan dia beli.

Tolonglah. Sedar tahap kebusukan stokin anda sebelum menjemput orang lain berkongsi baunya. Kalau anda dah selesa dengan bau tu, tak semestinya orang lain kena menyesuaikan diri pula.

Aku rasa panggung wayang lepas ni boleh buat peraturan baru: “Dilarang membuka kasut di dalam panggung.”

6 comments:

bola2api said...

euwww.. that's disgusting ler..

miSs inTerpReted said...

tank, u r so funny. ihiks

tank said...

aini: memangg!! erkh! trauma kejap nak pegi panggung.

sabb: funny? hehe i tried my best to be a better person everyday lar..thanks anyway.

Fadzli said...

Pirates 3 dah tgk? Bosan la,sembang2 jer..

Cik Puan Bidadari said...

it has been weeks since the 'incident' happened. but i could still remember how stink the smell was until now...geli, makcik! :-)

MAJOR K said...

Hallo pengantin baru, jom aaa race! Major K