Sunday, August 07, 2005

Tiada yang mustahil

"...dalam perjalanan mu nanti, engkau akan berjumpa dengan sebuah pintu dengan kata-kata tertulis di atasnya," kata guru itu kepada anak muridnya. "Kembali kepada ku dan beritahu apakah yang tertulis."

Maka keluarlah murid itu menggunakan kepandaian akal, ketelusan jiwa dan kekuatan tubuhnya mencari, dan akhirnya ketemu dengan pintu tersebut. Maka pulanglah murid itu kepada gurunya.

"Apa yang tertulis ialah 'INI ADALAH MUSTAHIL'," katanya.

"Adakah ia tertulis pada dinding atau di muka pintu?," tanya gurunya.

"Pada pintu."

"Maka letakkan tangan mu pada tombolnya dan bukalah pintu itu," balas gurunya.

Murid itu menurut. Maka terbukalah pintu tersebut dan kerana tulisan itu terdapat di muka pintu, ia tidak lagi kelihatan setelah pintu dibuka. Dan teruslah murid itu dengan perjalanannya.

diterjemahkan dari
-Paulo Coelho

No comments: