Lepas melepak kat site Azwar, teringat plak kisah dolu-dolu....
Dulu-dulu masa zaman study, malam weeknights yang takde aktiviti mesti ada satu/dua kepala yang ada idea.
Antaranya pergi 'jamming' kat studio.
Dulu aku dengan satu geng ni selalu jugak masuk studio. Tapi takde keluar album la. Kitaorang akan 'jam' lagu rock kapak from Metallica to Kembara. Antara lagu favourite ialah For Whom The Bell Tolls, Sweet Child O mine, Mentari Merah di Ufuk Timur, Bujang Senang dan Hati Emas. Pergh.. lagu tu sumer wajib main tuh. Sumer lagu-lagu lama. Jamming la kitaorang kekadang sampai 2-3jam. kekadang bila main sampai 'near perfect' ada la penonton mengintai kat pintu tu tgk siapa yg tgh main. Fuh! kembang!
Dengan bebudak ni sempat gak aku gi audition untuk jadi band Dewan Budaya Uni aku tuh. tapi tak dapek sebab penyanyi kokak. hehe..geng kitaorang gak. aku plak main drum masa tu. sebabnya sumer orang reti main gitar, tapi takde yg tau main drum. nasib baik aku ni ada anugerah telinga peka (cewah!) so dapat la belajar sesikit main drum ikut lagu. bak kata omputih, play by ear. fuyohh!
Lepas beberapa tahun, ramai bebudak band nih dah takde sebab melingkup tak abih study. So aku pun join ngan bebudak lain.
Ngan bebudak lain nih, kitaorang layan Grunge (bukan Mohd "Grunge" Fadzli) macam Stone Temple Pilots, Foo Fighters dan lagu-lagu indon yang gempak. Biasalah gua sebagai peminat muzik sumer gua layan beb! Diana Krall pun layan!
Masa kat uni gak la aku jual gitar Gibson aku. takdela Gibson yang gempak. biasa-biasa jek. Jual sebab nak pakai duit la. Ngan gitar tu la aku belajar meng'goreng'. tapi tak jugak terer-terer. kah kah..
So sekarang nih takde dah jamming. main sensorang jer ngan gitar kapok kat umah. haih..
Adele - Make You Feel My Love
-
When the rainIs blowing in your faceAnd the whole worldIs on your caseI
could offer youA warm embraceTo make you feel my love When the evening
shadowsAnd t...
13 years ago
No comments:
Post a Comment