Saturday, December 16, 2006

Ironi

Semalam aku jumpa seorang lelaki kat di sebuah disko semasa operasi narkotik polis. Muka dia macam Cina, dengan rambut menggerbang ala Joe Flizzow; bertindik di bawah bibir dan berantai di leher. Dia seorang ‘bar tender’ di situ.

Sebab muka dia macam Cina, aku pun tegur dia dengan pelat Cina, macam kita biasa buat kalau jumpa member Cina.

Ironinya, dia pula tegur aku : “Tolong, you tak payah cakap pelat Cina dengan I. I Islam, tau. Melayu”.

Terdiam aku. Bukan terdiam sebab dia tegur aku. Tapi terdiam sebab...tak apa lah.

3 comments:

zebrallini said...

aku paham

Fadzli said...

Haha..gile bodoh,tak cermin diri time cakap..Gilo gilo..

Azman said...

Hmmm. Menarik...